Friday, July 30, 2004

::Macam-macam Daa

AyAres & Ayamas


Posing sambil mengunyah
Akhirnya sampai laa aku kat Hotel Seri Malaysia di Larkin untuk menghadiri kursus `Chlorine Emergency Response Team`. Aku sampai hari Isnin untuk check in. Badan letih beb so pada besoknya aku membuat temujanji dan bukannya dating dengan member blogger yg encem iaitu AyAres151 @ Tokeh Ayam @ Bapak Ayam di Restoran Rasa Ayamas kat Taman Universiti. Siot laa boleh lak aku tersesat jalan nak ke taman U, dah laa ponteng kelas teori.Besok nak exam lak tu...tak lulus tak dapat sijil wooo.....
So aku pun call laa bapak ayam nih dengan harapan dapatlah kiranya dia menunjukkan jalan yang benar dan diredhai dan dijauhi dari kesesatan jalan untuk menuju ke ayamas nih.Lepas tu baru aku leh sampai kat sana dengan selamatnya...berkat keizinanNya jua.Lepas park kete EVO VII aku pun carik laa restoran rasa hampehmas ni dan aku terpaku apabila terdapat seorang bapak ayam yg sedang menjaja ayam dikhayalak ramai iaitu AyAres.



Petz,ko close up tau pic nih!!!

Terus tokeh ayam nih meng`offer`kan diri untuk belanja lunch dengan ayam2nya yang kelihatan agak segar untuk dijamah.Orang tua2 cakap rezeki jangan ditolak musuh jangan di carik so aku kira ok je.Makan free laa sapa tak mau kan.Kena lak aku memang suka makan `ayam` yang cenggitu dan cenggini.Sambil aku mengunyah dengan tekun AyAres bercerita tentang rentetan kehidupan seorang `penjual ayam` dan pengalaman hidup.Aku tengok mamat nih friendly dan baik hati tak ubah cam aku jugak.Walaupun baru bersua muka tapi kitorang berbual seperti dah lama saling mengenali antara satu sama lain. Lepas tu aku temankan dia gi beli roti pita pasal stok dah abis.Tengok jam ari dah kul 3ptg dan aku terpaksa blah pasal ada keje lain.Pada AyAres thanks a lot my friend............

CCM CHEMICALS

Kakak Angkat Yg Terangkat


Aku sebenarnya dah pernah ambik kursus nih tapi saja ambik lagi sekali untuk melepaskan rindu dengan kakak angkat kesayangan aku nih.Aku kenal dia pada tahun lepas semasa ambik kursus `Safety Awareness` di Pasir Gudang Works dan masa tu aku lepak kat Tanjung Puteri Golf & Resort.Malam kakak angkat aku dan kengkawan dia tu pakat gi karaoke dan tanpa segan silu mengajak adik kesayangan dia nih sama.Perghhh.....minah nih nyanyi lagu Senja Nan Merah tapi bukan berduet ngan aku pun.Lupa laksss nama kakak nih Rasidah...baik hati tau dan rasa seronok bila keluar dengan dia nih.Kena pulak masa nih aku dah ada digital camera nih apalagi terus aku snap gambar dia.


Lagi Seorang Kakak Angkat

Hahahaha....yang nih pulak kakak Norhaslena.....comeyyy pasal dia kecik jer....sporting dan caring.Aku kenal dia serupalah macam kes kat atas tu.Tapi janganlah salah sangka...tempat karaoke tu hanya khas untuk resident yg overnight kat situ so kakak2 nih bukannya sosial....hehehhhhh...........

No comments: